Category: Agama
Tafsir Al-Fatihah 7 ayat
Tafsir Nurul Ihsan
Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar.
(abad ke-19 Masihi ) , kitab tafsir melayu ke-2 selepas Turjuman al-Mustafid



Dari muka 6 di atas, kata Imam Nasafi:
Kata qil (pendapat) makna segala kitab 104 buah himpun dalam Quran, dan makna Quran terhimpun dalam fatihah maka seolah-seolah fatihah naskhah mukhtasar ( yang diringkaskan) dan Quran tafsilan kerana terhimpunnya
1. bicara tuhan itu pada ( Alhamdulillahirobbil alamin, Arrahmanirrahim)
2. negeri akhirat pada ( Malikiyaumiddin)
3. terhimpunnya segala ibadat daripada i’tiqad dan hukum suruh dan tegah pada (iyyaka na’budu .. wa iyya ka nasta’in)
4. syariat sekalian pada (siratulmustaqim)
5. cerita anbiya’ dan segala orang salih pada ( an’am ta’alaihim)
6. cerita segala kuffar pada ( ghairil maghdhu bi alaihim, waladdhoolliiin)
7. dan makna fatihah terhimpun pada ( bismillah)
8. maka makna bismillah terhimpun pada (huruf Ba’ nya) – Bi kaana Maakaan dengan aku jadi barang yang telah jadi,,, wa Bi yakuun ma yakuun dan dengan aku lagi jadi barang yang akan jadi
wallahu’alam
Imam Nasafi, dalam Tafsir Nurul Ihsan m/s 6
Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al-Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan dan memperlihatkan pengaruh sumber teks luar yang terdapat dalam teks Tafsir Nur al-Ihsan. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan menggunakan kaedah bacaan intertekstual yang diasaskan oleh Mikhail Bakhtin dan dikembangkan huraian dan penganalisisannya oleh Julia Krestiva. Dari sudut metodologi penyelidikan, kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dan juga lapangan yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebelas buah karya yang telah mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan, iaitu Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Razi, Tafsir al-Nasafi, Tafsir Ibn Kathir, dan Tafsir al-Tha’labi. Dapatan analisis juga membuktikan bahawa karya yang mendominasi Teks Tafsir Nur al-Ihsan ialah Tafsir al-Jalalyn, manakala prinsip kaedah bacaan intertekstual yang paling kerap teraplikasi ialah kaedah paralel.
Tafsir Nur al-Ihsan siap ditulis oleh Syeikh Muhammad Sa’id pada 4 Rabiulakhir 1346H bersamaan 1 Oktober 1927M. Kitab ini mula ditulis pada bulan Zulhijjah 1344H bersamaan Januari 1925M(Muhammad Sa’id, 1970:4:311). Hamza Muhammad (2005:33) menjelaskan bahawa Tafsir Nur al-Ihsan merupakan antara karya terulung yang pernah dihasilkan di Asia Tenggara.
Turjuman al Mustafid kitab Tafsir melayu pertama
http://khazanahfathaniyah.blogspot.com/2014/10/terbitan-terbaharu-turjuman-al-mustafid.html